PROFIL SEKOLAH

 Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Batu Muda

    SMK Batu Muda telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan keluasan 2.1 hektar. Sekolah yang terletak di Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur merupakan sekolah kerajaan Gred B dan mempunyai 4 bangunan utama.

    Pada awal tahun pembukaannya dengan hanya 360 orang bilangan murid iaitu pelajar tingkatan satu seramai 240 orang (6 kelas) dan tingkatan dua seramai 120 orang (3 kelas). Seramai 4 orang pentadbir, 17 orang guru dan 4 orang staf sokongan. SMK Batu Muda telah berjaya membentuk imej yang cemerlang dan mempunyai bilangan pelajar yang semakin bertambah sehingga kini pada 2024, sekolah mempunyai bilangan guru seramai 111 orang, 18 orang staf sokongan dan lebih kurang 1400 pelajar (47 kelas).

    Semenjak 2008, SMK Batu Muda menjalankan dua sesi persekolahan bagi menampung bilangan murid. SMK Batu Muda turut mempunyai pelbagai prasarana yang memberi ruang kepada murid menjalankan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Setiap murid mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria. SMK Batu Muda juga menempatkan murid dari tingkatan satu sehingga lima dalam aliran perdana dan lebih kurang 90 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi.

VISI, MISI, MOTTO DAN SLOGAN


No comments:

Post a Comment

TELAH BERLANGSUNGNYA   KEJOHANAN SUKAN STACKING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR  TARIKH : 10 & 11 JUN 2025  M...