Thursday, 8 May 2025

SELAMAT DATANG PUAN PENGETUA KE SMK BATU MUDA

  Pihak sekolah dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Puan Hajah Eliza binti Mohd Salleh sebagai pengetua baharu bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, berkuat kuasa mulai 7 May 2025.

Kepimpinan beliau yang berwibawa, berintegriti dan berpandangan jauh diharapkan dapat membawa SMK Batu Muda ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran beliau dengan penuh hormat dan berharap agar kerjasama erat antara pihak pentadbiran, guru-guru, pelajar serta ibu bapa dapat diteruskan demi kemajuan sekolah secara menyeluruh.

Semoga dengan kehadiran Puan Pengetua yang baharu ini, SMK Batu Muda akan terus maju sebagai institusi pendidikan yang unggul dan berprestij.


Tuesday, 25 March 2025

SMK Batu Muda World Quran Hour 2025

 World Quran Hour 2025 telah diadakan pada 25 Mac 2025 (Selasa). Program ini dijalankan serentak untuk setiap pelajar beragama Islam di dalam kelas pada jam 11.10 pagi sehingga 11.35 pagi. Semoga program ini dapat menyemai amalan membaca Al-Quran di kalangan pelajar SMK Batu Muda.


 



Laporan Hari Terbuka Sekolah Tarikh: 1 Julai 2025 Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda Hari Terbuka Sekolah yang telah diadakan pad...