Thursday, 2 October 2025
Aktiviti Sokongan Renang PPKI SMK Batu Muda 2025
Monday, 8 September 2025
KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSM KALI KE-23 TAHUN 2025
KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSM KALI KE-23 TAHUN 2025
Wednesday, 23 July 2025
HARI TERBUKA SMK BATU MUDA 2025
Laporan Hari Terbuka Sekolah
Hari Terbuka Sekolah yang telah diadakan pada 1 Julai 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa, penjaga serta komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua pihak untuk melihat secara langsung suasana pembelajaran dan perkembangan akademik pelajar di sekolah. Sepanjang acara berlangsung, para ibu bapa dan penjaga diberi kesempatan untuk melawat bilik darjah, berbincang dengan guru-guru mengenai pencapaian serta perkembangan anak-anak mereka.
Majlis ini berjaya mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa, seterusnya memperkukuhkan sokongan terhadap usaha pembelajaran dan pembangunan pelajar. Pihak sekolah amat menghargai kehadiran dan kerjasama semua pihak dan bertekad untuk terus mempertingkatkan mutu pendidikan demi kesejahteraan para pelajar.
TERIMA KASIH💖
Tuesday, 22 July 2025
MATAPELAJARAN SMKBM 2025/2026
Penilaian akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda dilaksanakan berdasarkan sistem markah dan gred kurikulum standard yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Markah yang diperoleh pelajar sepanjang tahun adalah hasil gabungan daripada ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun serta penilaian kerja kursus (jika berkaitan).
Gred yang digunakan adalah seperti berikut:
PAKEJ MATAPELAJARAN 2025/2025
MARKAH DAN GRED UNTUK MENENGAH RENDAH
MARKAH DAN GRED UNTUK MENENGAH ATAS (SPM)

Sistem ini bukan sahaja mengukur tahap pencapaian akademik pelajar, malah membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
Pelajar digalakkan untuk terus meningkatkan prestasi dan sentiasa berusaha mencapai gred yang lebih baik dalam setiap peperiksaan yang dihadapi.
#GredAkademik #SistemMarkah #PrestasiPelajar #SMKBM
Terima Kasih💖
PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2025
Pada 15/7, 16/7, 17/7, 18/7 DAN 21/7/2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda (SMKBM) telah menganjurkan Program Perkampungan Ilmu sebagai usaha intensif membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2025. Program ini berlangsung selama 5 hari di SMKBM dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti teknik menjawab soalan, ceramah motivasi, ulang kaji berfokus, dan aktiviti kerohanian.
Program Perkampungan Ilmu SPM 2025 ini melibatkan seramai 261 orang calon SPM. Program ini dirancang khusus untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan terkini, berpeluang berinteraksi dengan guru pakar, serta memberi fokus kepada ulang kaji berdasarkan topik-topik penting menjelang peperiksaan.
Objektif utama program adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan memperkukuhkan persediaan akademik mereka. Melalui pendekatan berfokus ini, program menyasarkan peningkatan dalam gred purata mata pelajaran SPM dan membantu pelajar menjawab peperiksaan dengan lebih yakin dan terarah.
Pelajar dan guru meluahkan rasa puas hati terhadap perjalanan program, dan berharap segala ilmu yang diperoleh akan menjadi bekal kejayaan dalam peperiksaan akan datang.
#PerkampunganIlmu #PersediaanPeperiksaan #PelajarCemerlang #SMKBM
![]() |
Aktiviti Sokongan Renang PPKI SMK Batu Muda 2025
Telah berlangsungnya Aktiviti Sokongan Renang PPKI SMK Batu Muda 2025 bertempat di Kompleks Sukan Sri Siantan, Selayang.
-
World Quran Hour 2025 telah diadakan pada 25 Mac 2025 (Selasa). Program ini dijalankan serentak untuk setiap pelajar beragama Islam di dala...
-
Pada 14.04.2025 - 16.04.2025 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar MSSD di SMK Sinar Bintang. Pasukan SMK Batu Muda telah mendapat temp...
-
Pada 28.04.2025 - 02.05.2025 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling MSSD di SK Batu Muda. Pasukan SMK Batu Muda kategori Perempuan Bawah...





