Tuesday, 22 July 2025

PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2025


TELAH BERLANGSUNGNYA 

PROGRAM GEMPUR SPM,
PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2025
SMK BATU MUDA

Pada 15/7, 16/7, 17/7, 18/7 DAN 21/7/2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda (SMKBM)  telah menganjurkan Program Perkampungan Ilmu sebagai usaha intensif membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2025. Program ini berlangsung selama 5 hari di SMKBM dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti teknik menjawab soalan, ceramah motivasi, ulang kaji berfokus, dan aktiviti kerohanian. 

    Program Perkampungan Ilmu SPM 2025 ini melibatkan seramai 261 orang calon SPM. Program ini dirancang khusus untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan terkini, berpeluang berinteraksi dengan guru pakar, serta memberi fokus kepada ulang kaji berdasarkan topik-topik penting menjelang peperiksaan.

    Objektif utama program adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan memperkukuhkan persediaan akademik mereka. Melalui pendekatan berfokus ini, program menyasarkan peningkatan dalam gred purata mata pelajaran SPM dan membantu pelajar menjawab peperiksaan dengan lebih yakin dan terarah.

    Pelajar dan guru meluahkan rasa puas hati terhadap perjalanan program, dan berharap segala ilmu yang diperoleh akan menjadi bekal kejayaan dalam peperiksaan akan datang.

#PerkampunganIlmu #PersediaanPeperiksaan #PelajarCemerlang #SMKBM



TERIMA KASIH💖
 

No comments:

Post a Comment

Laporan Hari Terbuka Sekolah Tarikh: 1 Julai 2025 Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda Hari Terbuka Sekolah yang telah diadakan pad...